Monday, September 29, 2008

Salam Lebaran


Lama dah tak menjengok blog... 2,3 bulan ni agak sibuk... memangku pulak post SA... sebab SA berhenti kerja... pengganti pulak bulan Nov ni baru masuk... Walaupun dapat elaun memangku tp itu bukan la yang utama.. Walaupun orang kata memangku jer... dan elaun pun dapat 1/3 gaji namun realiti nya sejak memangku ni, hampir 2/3 masa adalah untuk melaksanakan tugas2 SA.. Tugas Programmer yang hakiki ni terpaksa diselesaikan bila free.. dah terbalik... walau apa pun, harapannya kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan sama ada boss ada atau tidak.

Untuk itu, sempena Syawal yang akan menjelma ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkara yang tidak menyenangkan, perkataan yang mengguris rasa.. yelah, mulut ni ada kalanya main ikut sedap jer cakap... so, kalau ada terasa hati.. mintak dimaafkan. Yang dah dimakan dan diminum.. mintak dihalalkan...

Untuk suami tercinta, sejuta kemaafan di pohon dari hujung kaki ke hujung rambut... maaf zahir dan batin... semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat... amin...

Untuk family di Johor, tahun ni balik kampung lewat sikit... kalau tahun2 sebelum ni raya kat kg.. thn ni ubah sikit, nak merasa pulak raya pertama di rumah mak mertua .. ikut ati, mmg nak balik kg jer... tp kot la mak mertua berasa ati walaupun bila tanya, jawap tak kisah je... orang tua... mmg tak nak luahkan apa yang di dalam hati... so.. harap emak dan bapak di Jhr... tunggu kepulangan anak di sini... insyaallah... paling lewat pun, kul 12 mlm raya pertama nanti sampai... harap mak dan bapak tidak bersedih sebab anak yang sorang ni tidak berkumpul ramai2 masa raya pertama... ekceli.. anak kat sini yang sedih... waaaaaa...

walau apa pun, nor mintak ampun dan maaf dari mak dan bapak... mintak halalkan makan dan minum.. minta maaf untuk segalanya..

Salam Lebaran dari saya untuk semua... semoga lebaran kali ini membawa seribu makna dan kebahagiaan.. aminnn..