Monday, September 29, 2008

Salam Lebaran


Lama dah tak menjengok blog... 2,3 bulan ni agak sibuk... memangku pulak post SA... sebab SA berhenti kerja... pengganti pulak bulan Nov ni baru masuk... Walaupun dapat elaun memangku tp itu bukan la yang utama.. Walaupun orang kata memangku jer... dan elaun pun dapat 1/3 gaji namun realiti nya sejak memangku ni, hampir 2/3 masa adalah untuk melaksanakan tugas2 SA.. Tugas Programmer yang hakiki ni terpaksa diselesaikan bila free.. dah terbalik... walau apa pun, harapannya kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan sama ada boss ada atau tidak.

Untuk itu, sempena Syawal yang akan menjelma ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkara yang tidak menyenangkan, perkataan yang mengguris rasa.. yelah, mulut ni ada kalanya main ikut sedap jer cakap... so, kalau ada terasa hati.. mintak dimaafkan. Yang dah dimakan dan diminum.. mintak dihalalkan...

Untuk suami tercinta, sejuta kemaafan di pohon dari hujung kaki ke hujung rambut... maaf zahir dan batin... semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat... amin...

Untuk family di Johor, tahun ni balik kampung lewat sikit... kalau tahun2 sebelum ni raya kat kg.. thn ni ubah sikit, nak merasa pulak raya pertama di rumah mak mertua .. ikut ati, mmg nak balik kg jer... tp kot la mak mertua berasa ati walaupun bila tanya, jawap tak kisah je... orang tua... mmg tak nak luahkan apa yang di dalam hati... so.. harap emak dan bapak di Jhr... tunggu kepulangan anak di sini... insyaallah... paling lewat pun, kul 12 mlm raya pertama nanti sampai... harap mak dan bapak tidak bersedih sebab anak yang sorang ni tidak berkumpul ramai2 masa raya pertama... ekceli.. anak kat sini yang sedih... waaaaaa...

walau apa pun, nor mintak ampun dan maaf dari mak dan bapak... mintak halalkan makan dan minum.. minta maaf untuk segalanya..

Salam Lebaran dari saya untuk semua... semoga lebaran kali ini membawa seribu makna dan kebahagiaan.. aminnn..

Tuesday, July 1, 2008

Program YPM

Sepanjang minggu ni, banyak masa saya habis untuk penyediaan nota bengkel IT untuk program YPM ni. Program ni anjuran HEP... so, antara pengisiannya ialah memberikan kursus/bengkel berkenaan ICT kepada peserta. Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari daerah Dungun.

Untuk bengkel ini, bos mengarahkan saya untuk menyediakan 5 modul iaitu;
1. Pengenalan kepada komputer
2. Pengenalan kepada Microsoft Word 2003
3. Excel 2003
4. Powerpoint 2003
5. Internet.

So, setakat hari ni dah siap ke lima2 modul tu tapi kena sediakan pulak soalan utk pre dan post.... tak de idea lagi.. hari ni ingat nak setelkan untuk binding semua nota tu sebelum diserahkan kepada fasilitator seramai 16 org pada Ahad ni... Harap2 sempat la buat binding... photostat tadi pun, lekat baper kali dah kertas... sampai kena panggil org baiki.. kebetulan pulak yang biasa jaga mesin photostat tu cuti. Haiii... macam2 hal...

ada lagi 3 copy tak cukup... kalau takde apa2 hal, petang ni boleh la hantar untuk di binding...

Tuesday, June 24, 2008

Pelupusan Komputer

Hari ini buat lelongan pc yang dah diluluskan proses pelupusannya. Ekceli sambungan dari thn lepas, sebab masa thn lepas, byk lg pc yang model ni (HP Vectra dan Compaq Deskpro) yang masih digunakan. Tapi lelongan kali ni, tidaklah sebanyak lelongan tahun lepas. Jumlah pc pun dalam 30 unit sahaja. Jadi, kita hadkan la sikit penyertaan tu dengan membuat beberapa syarat pendaftaran. Walaupun rasanya dah habis fikir dah nak bagi adil, tp biasalah... manusia, mana la penah berpuas hati...

Untuk lelongan tahun lepas, memang terbuka untuk semua staff , tak kira kategori.. pensyarah, staff admin.. yang loaded, yang kurang loaded... yang ada pasangan boleh daftar kedua2 sekali... maksudnya, semua la.. so, kali ni ... kita tambahla beberapa syarat supaya sekurang2nya semua org dpt merasa membeli pc dengan harga lelongan.. RM43 je...

Tambahan syarat ialah, org yg dah dapat pada lelongan thn lepas, tidak boleh mendaftar, sapa yang ada pasangan, sorang saja boleh mendaftar, pensyarah dan staf kategori A tidak dibenarkan mendaftar, dan wakil untuk mendaftar adalah sama sekali tidak dbenarkan. Dalam banyak2 syarat tu, syarat yg untuk wakil tu, ramai jugak la yg tak puas ati sebab ada sesetengah tu ada hal lain... so nak berwakil utk pendaftaran.

Bukan apa, logiknya kenapa kami tidak membenarkan wakil sebab kami rasa tidak adil untuk org yang turun mendaftar... kata la org tu gi kursus di s.alam... tetiba nama masa undian ada.. kesian la kat org yg dok mendaftar ramai2 tu.. so, kiranya kalau kebetulan masa buat lelongan ni, ada yg ada urusan lain, teruskan je la dengan urusan ... tak perlu la nak susah2 pk pasal lelong pc ni... lagi pun kami benarkan kalau lepas pendaftaran tu, bagi la kupon utk undian tu kat org lain sebagai wakil, ye lah.. kami pun paham sapa2 yg sibuk tu.. ada urusan lain ke... cuma kami nak masa mendaftar, tuan punya badan tu ada... itu sahaja...

Apa2pun, lelongan hari ini berjalan dengan jayanya... mana yang berjaya tu, tahniah laaa.. yang tidak berjaya.. cuba la lagi thn akan dtg.. salah silap harap dimaafkan... dan terima kasih kepada semua....

Saturday, June 21, 2008

Family Day USMB



Pada 23 Mei yang lalu, USMB buat family day ke Kenyir... seronok berjalan2.. tp letih sebab Cik Abang tak dapat nak ikut.. dia ke offshore tarikh tu.... ikutkan hati, mmg la tak pegi, yelah... dengan baby lg.. tapi dah confirm dah sebelum tu... dan dah janji pulak ngan anak2 yang dah sekolah untuk bawak gi jln masa cuti sekolah, so.. gagahkan la jugak ati bawak dorang ni berjalan. Banyak jugak pegi meronda... tp byk nyer... hanya kakak ngan abg ngah yang beria2 berjalan... dorang ikut opis mate... saya ngan baby dan syada... lepak kat bot je.. lain2 gambar boleh tengok di
http://mamasyada.fotopages.com/ atau http://snowmusk.fotopages.com/

Monday, June 2, 2008

Livina - Bulan jatuh ke Riba

Dah hampir setengah tahun... tapi tak jugak sampai2 kereta yang diidamkan. Memang bercinta sungguh la nak dapat kereta Nissan Grand Livina ni.... Anak2 dah sibuk bertanya bila nak dapat kereta baru.. Pantang jumpa kereta Livina atas jalan.... Abang dah tak larat dah bertanya kat agen Tan Chong Motor (TCM) bila penghantaran akan dibuat.. Macam2 alasan di beri.

Yang jadi sakit hati sebab masa booking, kata akan terima 2-3 bulan sahaja... Masa 2 bulan tu memang tak kisah la... masuk 3 bulan tu.. tanya gak sekali.. tapi bila dah kata... minggu depan sampai... lepas tu... lagi 2 minggu... tapi tak sampai2 jugak sampai ke hari ni.. apa kes...????

So, last week... saya pulak la ambik part bertanya. Dapat la bercakap dengan agen TCM di dungun ni... dia suruh call TCM Tganu... sebab dia kata pengagihan semua adalah dari Tganu... cawangan lain hanya terima sahaja... Maklumat yg saya dapat lagi la buat saya sakit ati.... Jawapanya.. "Nama suami puan tidak tersenarai lagi untuk penerimaan 67 unit yang akan tiba minggu depan" .... Alasannya lagi, kilang banyak keluarkan yang Auto... manual kurang. Dia berjanji akan memberitahu kepada saya updated info agihan lain selepas dia menghantar email kepada TCM KL untuk kes suami saya...

Semalam ... saya cuba hubungi beliau... namun ke sudah tidak dapat bercakap dengannya... mula2... operator tu kata.. line engage... lepas tu... mesyuarat dengan boss... lepas tu ada auditor... hmmm.. angin kus-kus dah naik jugak.. tapi... sabarrr...cuba lagi hari ini....

Peranan Suami - Peranan Isteri

Antara suami dan isteri.. siapa lagi besar tanggungjawab untuk menguruskan sesebuah rumahtangga. Memang tidak lah dinafikan, mengikut agama, si suami la lebih besar dan berat tanggungjawabnya. Apatah lagi dengan title ketua keluarga, nakhoda dan sebagainya yang kalau di tafsirkan orang yang berkuasa atau mengepalai sesebuah keluarga itu.

Tapi, kalau kita tilik2... zaman sekarang ni, senarionya mungkin agak berbeza. Sebab ramai juga si isteri memainkan peranan yang sama besar dengan suami. Si isteri turut membantu suami untuk menjana pendapatan keluarga, si isteri juga yang harus memikirkan hal anak2... pampers cukup tak, susu ada lagi ke tak.. nak hantar anak ke sekolah lagi... dan sebagainya...

Jadi amat2 la berharap agar si suami cuba2 la ringan2kan tulang untuk membantu si isteri apabila di rumah. Sepatutnya tiada lagi istilah.. " Aku suami, cari duit utk keluarga... kamu, isteri.. buat keje rumah".... Begitu juga si isteri, walaupun mungkin di tempat kerja, anda adalah ketua jabatan, pegawai eksekutif, namun bila sampai di rumah, semua jawatan tersebut hendaklah dilepaskan. Yang penting, sikap tolak ansur, saling memahami dan komunikasi kedua belah pihak harus la diutamakan.

Semalam, ada rakan2 menghantar e-mail berkenaan hal ini, kisah seorang suami yang merasakan hidup nya amat terbeban dengan hal2 kerja di pejabat sehinggakan membuat permintaan terhadap Allah agar menukarkan dirinya menjadi seorang isteri... kerana dia merasakan tugas seorang isteri adalah mudah. Namun setelah sehari semalam, menjadi seorang 'isteri'.. baru lah dia sedar bahawa amatlah sukar untuk menguruskan hal2 rumahtangga... Yelah, bangun pagi, siapkan sarapan untuk suami dan anak2... hantar anak ke sekolah, kemudian mengemas rumah.. basuh baju, sidai baju... nak masak tgh hari pulak.. dah tgh hari sikit... kena ambik anak sekolah pulak... tu tak masuk uruskan anak yang umur 2,3 tahun.. mana nak buat susu la.. nak mandikan la... bla.. bla... petang, kena ajar anak buat kerja sekolah.. yang mana nak tuisyen, kena hantar anak ke tuisyen... lepas tu kena prepare minum petang... suami nak balik... sampai la ke malam... office hour sampai pukul 5 atau 530 petang shj.. namun suri rumahtangga... kul 11 ke 12 mlm tu perkara biasa... takde pun kira OT... hehehe

Apa2pun.. itulah asam garam dalam hidup berumahtangga...Untuk suami, hargai la isteri anda... untuk isteri, hormati la suami anda...

Wednesday, May 28, 2008

Kereta tak boleh Start

Pagi ini adalah pagi yang kelam kabut untuk saya. Dah la cik abang outstation, boleh pulak kereta buat hal. Tak boleh nak start... Nasib baik ada jiran yang baik ati, mintak bantuan dia... dan beberapa kawan datang tolong. Mula2 test dengan jumper je.. kot2 la boleh start.. tapi tak jadi jugak... org tganu kata... dok ghok ce'tong... Mujur ada pomen dekat2 situ yang dah buka kedai.. terbang la rm160 pagi2 hari beli bateri baru... hai.. macam2 kes...

biasalah... pompuan... bab2 keta ni.. setakat tau guna jer... teori tu mmg la tau.. tp bila bab kena buat... adu la... lotih makcik... nak tarik punat untuk buka boot enjin pun tak kuat... hehehe....

Apa2 pun, bersyukur jugak sebab jadi kes cam tu kat rumah... ada org yang boleh tolong...kalau susah2 pun, tak payah la ke mana2.. duduk rumah diam2.. ambik cuti kecemasan.. tak payah pegi keje... hehehe.. sebab baru jer 2,3 hari lepas pegi kenyir ngan anak2 ... naya je kalau jadi masa tu...