Monday, June 2, 2008

Peranan Suami - Peranan Isteri

Antara suami dan isteri.. siapa lagi besar tanggungjawab untuk menguruskan sesebuah rumahtangga. Memang tidak lah dinafikan, mengikut agama, si suami la lebih besar dan berat tanggungjawabnya. Apatah lagi dengan title ketua keluarga, nakhoda dan sebagainya yang kalau di tafsirkan orang yang berkuasa atau mengepalai sesebuah keluarga itu.

Tapi, kalau kita tilik2... zaman sekarang ni, senarionya mungkin agak berbeza. Sebab ramai juga si isteri memainkan peranan yang sama besar dengan suami. Si isteri turut membantu suami untuk menjana pendapatan keluarga, si isteri juga yang harus memikirkan hal anak2... pampers cukup tak, susu ada lagi ke tak.. nak hantar anak ke sekolah lagi... dan sebagainya...

Jadi amat2 la berharap agar si suami cuba2 la ringan2kan tulang untuk membantu si isteri apabila di rumah. Sepatutnya tiada lagi istilah.. " Aku suami, cari duit utk keluarga... kamu, isteri.. buat keje rumah".... Begitu juga si isteri, walaupun mungkin di tempat kerja, anda adalah ketua jabatan, pegawai eksekutif, namun bila sampai di rumah, semua jawatan tersebut hendaklah dilepaskan. Yang penting, sikap tolak ansur, saling memahami dan komunikasi kedua belah pihak harus la diutamakan.

Semalam, ada rakan2 menghantar e-mail berkenaan hal ini, kisah seorang suami yang merasakan hidup nya amat terbeban dengan hal2 kerja di pejabat sehinggakan membuat permintaan terhadap Allah agar menukarkan dirinya menjadi seorang isteri... kerana dia merasakan tugas seorang isteri adalah mudah. Namun setelah sehari semalam, menjadi seorang 'isteri'.. baru lah dia sedar bahawa amatlah sukar untuk menguruskan hal2 rumahtangga... Yelah, bangun pagi, siapkan sarapan untuk suami dan anak2... hantar anak ke sekolah, kemudian mengemas rumah.. basuh baju, sidai baju... nak masak tgh hari pulak.. dah tgh hari sikit... kena ambik anak sekolah pulak... tu tak masuk uruskan anak yang umur 2,3 tahun.. mana nak buat susu la.. nak mandikan la... bla.. bla... petang, kena ajar anak buat kerja sekolah.. yang mana nak tuisyen, kena hantar anak ke tuisyen... lepas tu kena prepare minum petang... suami nak balik... sampai la ke malam... office hour sampai pukul 5 atau 530 petang shj.. namun suri rumahtangga... kul 11 ke 12 mlm tu perkara biasa... takde pun kira OT... hehehe

Apa2pun.. itulah asam garam dalam hidup berumahtangga...Untuk suami, hargai la isteri anda... untuk isteri, hormati la suami anda...

No comments: