Tuesday, June 24, 2008

Pelupusan Komputer

Hari ini buat lelongan pc yang dah diluluskan proses pelupusannya. Ekceli sambungan dari thn lepas, sebab masa thn lepas, byk lg pc yang model ni (HP Vectra dan Compaq Deskpro) yang masih digunakan. Tapi lelongan kali ni, tidaklah sebanyak lelongan tahun lepas. Jumlah pc pun dalam 30 unit sahaja. Jadi, kita hadkan la sikit penyertaan tu dengan membuat beberapa syarat pendaftaran. Walaupun rasanya dah habis fikir dah nak bagi adil, tp biasalah... manusia, mana la penah berpuas hati...

Untuk lelongan tahun lepas, memang terbuka untuk semua staff , tak kira kategori.. pensyarah, staff admin.. yang loaded, yang kurang loaded... yang ada pasangan boleh daftar kedua2 sekali... maksudnya, semua la.. so, kali ni ... kita tambahla beberapa syarat supaya sekurang2nya semua org dpt merasa membeli pc dengan harga lelongan.. RM43 je...

Tambahan syarat ialah, org yg dah dapat pada lelongan thn lepas, tidak boleh mendaftar, sapa yang ada pasangan, sorang saja boleh mendaftar, pensyarah dan staf kategori A tidak dibenarkan mendaftar, dan wakil untuk mendaftar adalah sama sekali tidak dbenarkan. Dalam banyak2 syarat tu, syarat yg untuk wakil tu, ramai jugak la yg tak puas ati sebab ada sesetengah tu ada hal lain... so nak berwakil utk pendaftaran.

Bukan apa, logiknya kenapa kami tidak membenarkan wakil sebab kami rasa tidak adil untuk org yang turun mendaftar... kata la org tu gi kursus di s.alam... tetiba nama masa undian ada.. kesian la kat org yg dok mendaftar ramai2 tu.. so, kiranya kalau kebetulan masa buat lelongan ni, ada yg ada urusan lain, teruskan je la dengan urusan ... tak perlu la nak susah2 pk pasal lelong pc ni... lagi pun kami benarkan kalau lepas pendaftaran tu, bagi la kupon utk undian tu kat org lain sebagai wakil, ye lah.. kami pun paham sapa2 yg sibuk tu.. ada urusan lain ke... cuma kami nak masa mendaftar, tuan punya badan tu ada... itu sahaja...

Apa2pun, lelongan hari ini berjalan dengan jayanya... mana yang berjaya tu, tahniah laaa.. yang tidak berjaya.. cuba la lagi thn akan dtg.. salah silap harap dimaafkan... dan terima kasih kepada semua....

No comments: